Pengenalan

header-website-w4u

 

Nama Projek: ‘Wakaf For Ummah’

Tema: Mari Berwakaf Untuk Ummah!

Objektif:

1. Mengumpul dana bagi mewakafkan al-Quran terjemahan kepada masjid, sekolah, institusi serta individu terpilih yang memerlukan al-Quran di kawasan mereka.

2. Membuka peluang kepada masyarakat untuk mewakafkan al-Quran pada bulan Ramadhan (dan bulan-bulan lain)

3. Menunaikan tanggungjawab membantu masyarakat yang memerlukan.

4. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan wakaf dan kecintaan kepada masyarakat Islam.

5. Membina hubungan dan kerjasama dengan pelbagai institusi di kawasan negeri Selangor terutamanya.

Anjuran bersama:

IMANSHOPPE SERVICES AND CONSULTANCY dan PUSTAKA DARUL IMAN

Produk Wakaf: 

  • Al Quran Terjemahan Kulit Keras /Zip Kecil, dalam 6 warna

  • Al Quran Terjemahan Sederhana, dalam 6 warna

Sasaran Kutipan:

10,000 naskhah al-Qur’an

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Secara individu
a) Memperuntukkan sumbangan Ramadhan dari seisi keluarga. Contohnya, RM 10 setiap keluarga
b) Menggalakkan anak-anak menabung dan membantu mereka yang lebih memerlukan
c) Mengajak kaum keluarga yang terdekat untuk sama-sama menyumbang

2. Secara berkelompok
a) Di masjid / surau
– Membantu mengadakan kempen bersama menjayakan projek ini
– Menyumbang sebahagian dari sumbangan Ramadhan anggota kariah kepada projek ini

b) Di pejabat / sekolah / institusi
– Menganjurkan penajaan secara berkelompok melalui kakitangan, persatuan-persatuan dan sebagainya

3. Berwakaf untuk ahli keluarga yang telah tiada

– Jika anda mahu berwakaf bagi pihak ahli keluarga dan sahabat yang telah meninggal dunia, anda juga boleh membuat pembayaran bagi pihak mereka. Untuk konfirmasi transaksi, kami memerlukan maklumat waris yang masih hidup

Bagaimana anda boleh menyumbang?

1) Manual Transfer

button_donate_now

 

2) PayPal

paypal.cards