Laporan Terkini

Penghantaran Wakaf Pertama : Islamic Charity Society

Alhamdulillah, kotak Wakaf Al-Quran (first batch) telah selamat sampai di Islamic Charity Society di Pulau Pinang. InsyaAllah al-quran yang diwakaf akan diberi kepada para muallaf, saudara-saudara kita di sana.

995927_383023038491991_84114127_n

1094613_287049584760548_1270986192_o

Jazakk khair kepada semua yang menyumbang. May Allah bless all of our effort and please make doa’ for us to continue this project in a long run, insyaAllah.

Layari Facebook Page Islamic Charity Society: https://www.facebook.com/IslamicCharitySociety


Projek Ziarah dan Pengedaran Al-Quran Wakaf oleh pihak ICS

Projek Ziarah dan Pengedaran Al-Quran & terjemahan secara Percuma kepada saudara-saudara kita yang telah kembali kepada fitrah Islam yang benar hasil usahasama diantara ICS & Wakaf4Ummah.

InsyaALLAH ICS akan membuat ziarah susulan dengan pemberian yang lain pula seperti buku dan lain2 sebagai tanda kasih sayang sesama saudara seaqidah. Kepada saudara saudari yang ingin menyumbang dalam usaha gerak kerja kebajikan dan dakwah ICS blhlah menyalurkannya melalui akaun rasmi ICS spt berikut:

Maybank Islamic
No. Akaun: 557438500665
Atas Nama: Islamic Charity Society Penang

1496603_321110261354480_1348279300_n


Pemberian Al-Quran Wakaf Ke-2 bersama Wonder Journey

Pemberian Al-Quran Wakaf dengan kerjasama pelajar kelas M12F, Kolej MARA Banting. Program Kemasyarakatan Wonder Journey bersama anak-anak yatim Baitul Maghfirah Johor Bahru telah selamat diadakan pada 25 hingga 28 November 2013 yang lalu.

Terima kasih atas kerjasama pihak AJK Wonder Journey :)

1524921_431793033614991_900390019_n

1545630_431792980281663_841389507_n

1512625_431792880281673_1279805111_n


Penghantaran Wakaf Ke-3: Akademi Tahfiz Aman, Kelantan

DSC_0034 (1) (800x533)

 

Alhamdulillah pada bulan Februari 2014, team Wakaf4Ummah berkesempatan ke pantai timur tanah air bagi menyampaikan sekotak Al-Quran kepada Akademi Tahfiz Aman di Kubang Kerian, Kelantan. Akademi Tahfiz Aman ini baru sahaja dibuka pada Januari tahun ini, dan para pelajar ini bakal menjadi generasi Huffaz pertama yang dilahirkan di sekolah ini. Hilang terus rasanya lelah perjalanan berjam-jam (tambah sesat lagi hehe) apabila melihatkan wajah-wajah bersih penerima Al-Quran ini.


Penghantaran Wakaf Ke-4: Program Pengembaraan USIM GISO 2014

10251923_492619580865669_5433081273996387052_n

Pada bulan May 2014, Wakaf for Ummah dikunjungi oleh wakil delegasi Program Pengembaraan USIM GISO 2014 yang akan ke Jogjakarta minggu hadapan. Insyaallah mereka akan menyampaikan 30 naskhah Al-Qur’an wakaf kepada penerima-penerima di sana. Alhamdulillah kini Wakaf for Ummah melangkaui batas geografi!

Semoga delegasi selamat pergi dan pulang, dan mendapat keredhaan Allah dari misi ini. Kita nantikan update dari mereka berkenaan misi ini insyaallah!


Penghantaran Wakaf Ke-5: Pelajar di UIAM Gombak

10484727_568025663325060_5498239443761264975_n

Alhamdulillah. Pada bulan Oktober 2014, team wakaf4ummah berjaya menghantarkan 8 naskhah al-Quran terjemahan kepada para pelajar UIA yang memerlukan al-Quran. Mereka terdiri dari para pelajar pengajian Islam yang memerlukan Al-Quran dalam pembelajaran mereka.

Semoga Allah memberikan pahala yang berterusan buat mereka yang berwakaf untuk para pelajar ini..


Penghantaran Wakaf Ke-6: Program Street Dakwah oleh pelajar UiTM Sg. Buloh

FullSizeRender

Alhamdulillah, Al-Quran Wakaf4Ummah digunakan untuk Program Street Dakwah di Mines Shopping Complex oleh pelajar UiTM Sungai Buloh

Tahniah diucapkan kepada pelajar UiTM Sungai Buloh, teruskan usaha dakwah anda!

Dan terima kasih juga diucapkan kepada semua penderma Al-Quran Wakaf di sini.

Semoga amalan ini besar timbangan di sisi Allah dan memberi manfaat kepada ummah insyaAllah.


Penghantaran Wakaf Ke-7: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal  Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Jpeg

Alhamdulillah kali ini Al Quran Wakaf4Ummah ‘terbang’ ke negeri Pahang iaitu ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Penyerahan ini dibuat dibeberapa tempat dan diterima oleh orang yang bertanggungjawab terhadap tempat berkenaan iaitu:

1. En Rospi Mat Husin menerima 10 al quran wakaf bagi pihak Pusat Islam Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan bagi kegunaan masjid kampus

2. Hj Hamdan Sulong menerima al quran bagi pihak surau staf lelaki jabatan kejuruteraan mekanikal Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan

2. Hjh Miskiah Wakijan menerima al quran bagi pihak surau staf wanita jabatan kejuruteraan mekanikal
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan

Semoga dengan sumbangan ini dapat menyebarkan budaya membaca Al Quran di Malaysia.


Penghantaran Wakaf Ke-8: Sekolah Kebangsaan Paya Pasir, Pahang.

wakaf4ummah

Alhamdulillah sekali team Wakaf4Ummah ke negeri Pahang. Namun kali ini Al Quran Wakaf4Ummah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Paya Pasir, Pahang. Al Quran wakaf ini diserahkan kepada guru besar sekolah berkenaan.

Terima kasih kepada semua pemberi wakaf untuk Projek Wakaf untuk mangsa banjir.

Semoga proses pembudayaan Al Quran ini bermula sejak dibangku sekolah lagi supaya budaya ini dapat diteruskan. Insyaa Allah


Penghantaran Wakaf Ke-9: Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur.

13701248_911081779019445_3205699093208438481_o

Alhamdulillah, Wakaf4Ummah berjaya menyerahkan Al Quran terjemahan dan rehal kepada Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang!

Semoga Allah membalas jasa baik kalian ?


Penghantaran Wakaf Ke-10: Sekolah Rendah Al-Amin, Kuala Lumpur.

14650466_982288451898777_2129434119122386639_n

Alhamdulillah Wakil WAKAFORUMMAH menyerahkan  sebanyak 20 buah Quran wakaf kepada Sekolah Rendah Al Amin Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2016..

Sekolah tersebut menjalankan aktiviti membaca Al-Quran secara kosnsiten.
Terima kasih Cikgu Rozita yang menyambut kedatangan skuad kami .


Penghantaran Wakaf Ke-11: Maahad Tahfiz Ilmi, Hulu Langat.

14610931_982282411899381_7695562896409777977_n

Alhamdulillah 29 buah Quran wakaf beserta rehal kepada Maahad Tahfiz Ilmi Hulu Langat. Para pelajar di Pusat Tahfiz ini menghafal al-Quran secara konsisten.

Terima kasih Ustaz Hadi dan pelajar-pelajar yang menyambut kedatangan skuad kami.


Penghantaran Wakaf Ke-12: Hidayah Centre Foundation

14900452_1000610646733224_8985996963774169933_n

Alhamdulillah, kami selesai menyerahkan Wakaf Quran sebanyak 46 buah Al Quran dan 2 Rehal kepada wakil di Hidayah Centre Foundation. Sedikit latar belakang mengenai Hidayah Centre Foundation:

Hidayah Centre telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai sebuah pusat perlindungan dan sokongan kepada golongan saudara baru (SB). Kumpulan sasarannya terdiri daripada kalangan SB yang memerlukan bimbingan kerohanian, berhadapan dengan masalah keluarga, kewangan, dan memerlukan perlindungan sementara.


Penghantaran Wakaf Ke-13: Akademi Hadis dan Tahfiz Quran Sains (AKHTAR)

akhtar

Sebanyak 18 Rehal telah diwakafkan kepada Akademi Hadis dan Tahfiz AL Quran Sains (AKHTAR) bagi persediaan menerima pelajar baru tahun 2017. Terima kasih kepada Saudari Athirah yang menerima kedatangan kami.

Penghantaran Wakaf Ke-14: Kelab KAFA, Universiti Malaya.

kelabkafaum

Sebanyak 33 Al Quran telah diwakafkan kepada Kelab KAFA, Universiti Malaya bagi menjalankan kelas Al Quran bagi para pelajar. Terima kasih kepada Saudari Ili yang menerima kedatangan kami.


Penghantaran Wakaf Ke-15: Program Street Dakwah

poster-misc-w4u-1

Sebanyak 30 Al Quran telah diwakafkan kepada Program Street Dakwah anjuran Universoul, BDNG dan Great Islamic Generation sempena Maulidur Rasul. Terima kasih kepada Saudara Afif yang menerima kedatangan kami.


Penghantaran Wakaf Ke-16: Quran Marking Gathering

Sebanyak 30 Al Quran telah diwakafkan kepada Kelab Quran Marking Gathering Project bagi menjalankan kelas bacaan tajwid, pembelajaran mengenai doa doa dan kisah kisah di dalam Al Quran bagi para pelajar. Terima kasih kepada Saudari Ayesha Shahira atas kesudian menerima kami.


Penghantaran Wakaf Ke-17: Misi HOPE

Sebanyak 46 Al Quran telah diwakafkan kepada Projek HOPE yang akan menyantuni dan membantu masyarakat Muallaf pedalaman di Sabah pada bulan Mei hadapan. Terima kasih saudari Ummu Fatimah atas kesudian menerima kami.


Semoga Allah memberkati dan meredhai sumbangan ini. Moga dapat dimanfaat sebaiknya. Amiin

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, boleh deposit tunai/check ke

Maybank Imanshoppe Services and Consultancy 5622 0962 4704

Emailkan slip pembayaran tuan/puan ke wakaforummah@gmail.com