5 reasons to join wakaf

Anda mungkin tertanya-tanya? Kenapa perlu saya berwakaf? Apa beza wakaf dengan zakat? Apa bezanya dengan infaq pula?

Zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu,

sedekah/infaq adalah sunat yang umum ke atas umat Islam;

wakaf pula lebih bersifat pelengkap (complement) kepada kedua-dua perkara tersebut.

Disamping itu, apa yang disumbangkan melalui zakat adalah tidak kekal dimana sumbangannya akan digunakan dalam bentuk hangus,

sedangkan harta wakaf adalah berbentuk produktif iaitu kekal dan boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk untuk faedah masa hadapan.

5 Sebab kenapa anda harus menyertai ‘Projek Wakaf 1000 Al-Quran’ ini:

1. Kelebihan Wakaf

363fabe5013e55a98f814fd485f779a8

“Apabila mati seseorang Islam itu, maka terputuslah segala pahala amalnya kecuali dari tiga sumber iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat memberi faedah atau seorang anak salih yang sentiasa mendoakannya.”

 Imam al-Rafi’i menjelaskan perkataan bersedekah jariah dalam hadith tersebut ialah wakaf kerana pahala sedekah jariah wakaf terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain pahala tidak berpanjangan mengalir seperti wakaf.

Berdasarkan kelebihan tersebut, perbuatan berwakaf telah menjadi amalan yang meluas dan lumrah di kalangan umat Islam sejak dahulu hingga sekarang. Sifat naluri manusia juga mahu memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain selepas ia meninggal dunia. Oleh itu, agama Islam menggalakkan umatnya melakukan amalan wakaf supaya pahala tersebut akan berterusan walaupun ia telah meninggal dunia selagi mana harta wakaf itu digunakan untuk kepentingan umum.

 2. Infak Wakaf pada bulan Ramadhan

sedekah

Enough said. Kita tahu segala amal ibadah kita dengan niat ikhlas kerana Allah akan dilipat gandakan pahalanya pada bulan Ramadhan.

Ibadah puasa pada bulan Ramadhan dengan infak wakaf dan juga solat malam; jika dikerjakan kesemuanya ikhlas kerana Allah, balasanya adalah jaminan syurga!

Tak percaya? Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.”

(HR. At Tirmidzi no.1984, Ibnu Hibban di Al Majruhin 1/317, dihasankan Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/47, dihasankan Al Albani di Shahih At Targhib, 946)

3. Al-Quran Wakaf Terjemahan

pdi

Apa yang lainnya projek wakaf Al-Quran kami dengan projek-projek Wakaf Al-Quran di luar sana?

Sudah tentu produk wakaf kami!

Al-Quran terjemahan ini adalah terbitan Pustaka Darul Iman, pengeluar & penerbit Al- Quran, Quran Terjemahan Zip & Diari & Tafsir Bahasa Melayu yang Pertama di Malaysia!

Ya, kami sangat berbangga kerana dapat bekerja sama dengan pihak Pustaka Darul Iman untuk Projek Wakaf 1000 Al-Quran ini.

Kenapa Al-Quran terjemahan? Supaya untuk si pembaca/penerima wakaf bukan setakat membaca Al-Quran tersebut tapi dapat memahaminya sekali!

Terutama sekali kepada muallaf-muallaf yang baru memeluk Islam. Sudah tentunya mereka dapat belajar dan memahami Islam dengan lebih baik jika mereka faham maksud ayat Al-Quran yang mereka bacakan.

4. Bermula dengan RM5

1797602_450977138363247_1021310119_n

Apa yang anda dapat buat dengan RM5?

a. Sarapan 3 keping roti canai dan segelas teh tarik.

b. Makanan tengahari lauk ikan dan sayur.

c. Bayar tol pergi balik Bangi-Serdang (RM2.40 sehala).

d. Memanjangkan umur anda.

Eh panjangkan umur? Camne tu?

Aha, mestilah dengan Projek Wakaf 1000 Al-Quran. Dengan hanya RM5 satu bahagian, anda akan dapat pahalanya selama mana Al-Quran itu dimanfaatkan, walaupun anda dah tiada lagi di dunia ini.

5. Mudah – Bank Transfer, Cek Deposit, PayPal.

Pembayaran Wakaf

Ya, kami tahu anda sibuk. Tak cukup masa. Jadi kami jadikan projek wakaf Al-Quran ini semudah abc untuk membuat sumbangan. Ikut sahaja langkah-langkah berikut:

Langkah pertama: Pergi ke mana-mana bank Cash/Cheque Deposit Machine di Malaysia.

Langkah kedua : Masukkan sumbangan anda ke Maybank Imanshoppe Services and Consultancy, No. Akaun: 562209624704

Langkah ketiga: Niat wakaf ikhlas kerana Allah

Langkah keempat: Malas nak pergi bank? Buka Google Chrome dan log in online banking pilihan bank anda.

Langkah kelima: Ulang balik langkah kedua

Langkah keenam: Jangan lupa emailkan kepada kami, wakaforummah@gmail.com untuk tujuan rekod.

Anda duduk di luar negara? No problem! 

Langkah pertama: Sign up akaun Paypal (kalau anda tiada lagi). Percayalah, Paypal antara e-commerce yang yang mudah dan selamat di dunia!  

Langkah kedua: Isi borang INI. 

Langkah ketiga: Niat wakaf ikhlas kerana Allah.

Langkah terakhir: Like ‘FB’ page Wakaf4Ummah dan share it with your friends. Takkan nak kaut pahala tuh sorang2 kan? 😉

Tunggu apa lagi? Mari berwakaf sekarang!